PENJAGA gol Perak FC, Muhammad Haziq Nadzli teruk dikecam segelintir peminat bola sepak tanah air dek kesilapannya yang menyebabkan Harimau Malaya tewas di bumi Thailand dengan keputusan 0-1 dalam aksi ketiga Kumpulan A Piala Asean pada Sabtu (14 Disember).
Ketika kejadian, Haziq gagal mengeluarkan bola selepas tendagannya lemah lalu mudah dirampas oleh bintang sensasi Thailand, Suphanat Mueanta sebelum memberikan kepada rakan sepasukan untuk menjaringkan gol buat tuan rumah.
Perlawanan tamat dengan keputusan 0-1 sekali gus Malaysia berada di tempat ketiga Kumpulan A dan berisiko untuk keluar awal daripada kejohanan dwitahunan itu.