CALON pemain warisan yang sedang beraksi di saingan Liga Semi-Pro A1, Anuar Ceesay menjadi antara tumpuan musim ini selepas cemerlang bermain untuk UM Damansara.
Anuar mencuri tumpuan di pentas lebih besar ketika menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), apabila meledak dua gol pada minit ke-66 dan ke-74, meskipun UM Damansara tewas 3-5 kepada juara Liga Super itu.
Berdasarkan laporan media sebelum ini, Anuar didakwa memiliki darah campuran Malaysia-Inggeris dan Gambia dengan dia difahamkan berasal dari Wales dan dibesarkan di London, England.





