PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) secara majoriti mengambil keputusan untuk menggantung keahlian Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) daripada menjadi Ahli Gabungan FAM berkuatkuasa serta-merta bermula pada Isnin.
Menerusi kenyataan rasmi pada Selasa, tindakan itu dibuat selepas memutuskan Kongres KAFA kali ke-65 dan Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif KAFA bagi Sesi 2024-2028 yang sudah berlangsung pada 19 Disember lalu adalah tidak sah.
Ia juga disebabkan terdapatnya gabungan yang tidak dibenarkan hadir dan tidak dijemput ke kongres itu selain prosedur dan tatacara pengendalian kongres itu dilakukan secara tidak teratur mengikut prosedur yang ditetapkan oleh FAM.