BARU-BARU ini, enam pasukan Liga Super berada dalam senarai disekat menjalankan perpindahan pemain daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) termasuklah Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Kuala Lumpur (KL) City FC.
Pengumuman berkenaan semestinya mencalarkan imej bola sepak negara yang sedang dalam usaha menjadi antara yang terbaik dalam kalangan pencabar lain.
Ia sekali gus menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat bola sepak apabila mereka sudah membawa masuk pemain baharu sejak jendela perpindahan dibuka.






