KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) mengecam sekeras-kerasnya tindakan sekumpulan lelaki dipercayai penyokong bola sepak yang bertindak ganas bergaduh sesama sendiri dan merosakkan kenderaan awam di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bandar Tasik Selatan pada Jumaat.
Menterinya, Hannah Yeoh berkata, KBS amat kecewa dengan insiden yang berlaku selepas perlawanan Malaysia bertemu Singapura pada saingan Piala Asean 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
“Mengenai insiden antara Malaysia dan Singapura, saya amat kecewa dengan kejadian itu.