SELEPAS enam tahun berada di tampuk pemerintahan Persatuan Bola Sepak Malaysia, Tan Sri Hamidin Mohd Amin akhirnya mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding bagi sesi akan datang.
Keputusan itu mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan penyokong yang berasakan satu nafas baharu perlu disuntik terhadap badan induk bola sepak negara berkenaan.
Ini kerana sukan nombor satu negara berkenaan sudah jauh terpesong dengan pelbagai masalah perlu diselesaikan sekiranya mereka mahu terus memandang ke depan.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
BACA LAGI: Dua bintang akan tiba? TMJ cadang Bergson, Hidalgo penyelesaian peledak Harimau Malaya
BACA LAGI: Ejen Cristiano Ronaldo bakal adakan projek bersama TMJ, Erick Thohir?
Tunku Ismail sememangnya calon terbaik untuk menjadi Presiden FAM.
Persoalannya, siapakah calon terbaik untuk mengisi kekosongan bakal ditinggalkan Hamidin dengan seorang yang bervisi dan tahu menahu mengenai dunia bola sepak diperlukan.
Jawapan terbaik sudah tentu pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang pernah menjadi Presiden FAM selama setahun, namun tiada perubahan signifikan dapat disuntik.
Pengaruhnya dalam organisasi itu sememangnya diketahui ramai kerana khabar angin mengatakan dia akan mengetuai revolusi badan induk itu, tetapi tidak akan terlibat secara langsung.
Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian Majoriti, terdapat tiga sebab untuknya kembali memegang jawatan berkenaan dengan penyokong Harimau Malaya perlu memberi sokongan penuh kepadanya.
1. Pengaruh serantau
Baru-baru ini, Tunku Ismail difahamkan sudah bertemu Presiden Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia, Erick Thohir untuk membincangkan isu bola sepak di Asia Tenggara.
Pelbagai perkara sudah tentu dikupas kedua-dua figura tersebut dengan ia mengukuhkan lagi statusnya sebagai mereka yang berpengaruh dalam sukan tersebut.
Jadi, ini membuktikan pemilik JDT terbabit sudah memiliki pengaruh serantau sekitar Asia Tenggara dengan perkara terbabit akan membawa impak positif terhadap Harimau Malaya.
Tunku Ismail (kanan) mengadakan perbincangan bersama Erick Thohir baru-baru ini. — Facebook/JOHOR Southern Tigers
Selain memudahkan perancangan mengenai pertandingan, seperti Piala AFF dan Piala Shopee, kerjasama sedemikian mampu mencetuskan perubahan idea dalam kalangan ahli AFF.
Tidak cukup dengan itu, pengaruh besar akan membolehkan saingan bola sepak di Asia Tenggara semakin kompetitif setanding rantau Asia Barat dan Timur Tengah.
Meskipun cita-cita berkenaan masih jauh untuk direalisasikan, hubungan kukuh dalam kalangan pasukan Asia Tenggara membolehkannya tercapai pada tahun-tahun akan datang.
2. Hala tuju FAM mula cerah
Semasa Tunku Ismail memegang jawatan Presiden FAM, arena bola sepak negara ketika itu sememangnya sedang bergolak dengan keputusan amat mengecewakan dialami.
Kekalahan Harimau Malaya kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan kesukaran melepasi peringkat kumpulan setiap kali kempen kelayakan cukup menceritakan kekecewaan menyelubungi badan induk terbabit.
Namun, pemilik skuad Harimau Selatan tersebut tampil berani untuk mengisi peranan tersebut dengan ia boleh dikatakan titik perubahan terhadap arena bola sepak tempatan.
FAM berada dalam keadaan lebih baik berbanding kira-kira 10 tahun lalu.
Meskipun Tunku Ismail hanya kekal setahun, rombakan dilakukan terhadap badan pengurusan membolehkan FAM berada dalam era baharu dengan kemajuan demi kemajuan dirasai.
Ini termasuk kejayaan melangkah ke Piala Asia 2024, tampil lebih meyakinkan dalam pertandingan demi pertandingan selain kembali menjadi antara pasukan digeruni di Asia Tenggara.
3. Pengalaman di peringkat tertinggi
Tidak boleh dinafikan bahawa JDT merupakan pasukan terbaik dalam sejarah bola sepak negara kerana mereka sudah menempah di peringkat antarabangsa sejak diperkenalkan pada 2013.
Kejayaan ketika Piala AFC 2015, pencapaian membanggakan sepanjang beraksi dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL) serta memberi saingan setiap kali berdepan pasukan gergasi Asia sudah cukup untuk menceritakan perkara itu.
Tunku Ismail berjaya mengubah nasib skuad Harimau Selatan. — Facebook/JOHOR Southern Tigers
Dari segi komersial pula, skuad Harimau Selatan juga sudah dikenali di peringkat lebih luas kerana beberapa negara sudah mengenali jenama JDT sebagai sebuah jenama.
Jadi, kejayaan sedemikian boleh diterapkan dalam Harimau Malaya sekiranya Tunku Ismail diberikan kepercayaan penuh dengan individu yang diyakini berada di sampingnya.
Meskipun penyokong pada awalnya sukar menerima kehadiran individu berpengaruh itu, masa diberikan boleh mengubah landskap berkenaan dengan ia pasti membawa perubahan seperti mana diharapkan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram