Sukan

Kiper muda Selangor jadi pilihan lepas Abe diketepikan akibat urusan peribadi

PERUBAHAN sekali lagi disaksikan dalam kem Harimau Malaya menjelang aksi menentang Cape Verde pada 29 Mei dan perlawanan berdepan Vietnam pada 10 Jun selepas penjaga gol, Rahadiazli Rahalim terpaksa diketepikan.

Berdasarkan kenyataan dikeluarkan di laman media sosial Malaysia NT, penjaga gawang Terengganu FC itu akan digantikan Sikh Izhan Nazrel yang beraksi buat Penang FC secara pinjaman dari Selangor FC musim lalu.

Meskipun tidak menyatakan punca sebenar di sebalik pengunduran berkenaan, ramai sudah dapat menjangkakan sekiranya Rahadiazli terpaksa melupakan hasrat beraksi buat Harimau Malaya akibat kecederaan.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh