TONGGAK pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Syahmi Safari berkemungkinan akan mengakhiri musim 2024/2025 lebih awal rentetan masalah kecederaan yang dihadapinya ketika aksi bertemu Penang FC.
Dalam satu hantaran di Insta Story peribadinya, pemain berusia 26 tahun itu memuat naik foto hitam putih menyarung jersi JDT sambil menulis kapysen ‘terima kasih musim 2024/2025’.
Kapsyen ringkas dan satu emoji sedih di laman Insta Story peribadinya itu secara tidak langsung menimbulkan spekulasi mengenai nasibnya dan memberi bayangan bahawa dia tidak lagi beraksi untuk saki-baki liga.






