Sukan

‘Kembali ke padang nostalgia’, alumni ragbi SMK Sultan Sulaiman raikan 100 tahun sekolah tercinta

SAMBUTAN ‘Seabad Gemilang’ sempena 100 tahun usia penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman (SMK SS) yang terletak di Kuala Terengganu mencipta sensasi tersendiri apabila berjaya menghimpunkan bekas-bekas pelajar dan pemain ragbi sekolah tersebut dalam satu acara bersejarah.

Sambutan itu bukan sekadar meraikan pencapaian seratus tahun sekolah yang penuh tradisi dan kejayaan, tetapi turut menjadi wadah mempererat kembali ukhuwah dalam kalangan bekas pelajar dari pelbagai generasi.

Berlangsung dalam satu penganjuran yang serba ringkas, acara tersebut tetap berjaya menghimpunkan seramai 60 orang pemain yang hadir bersama ahli keluarga masing-masing.

BACA LAGI: Nak petik buah boleh tapi ikut undang-undang’, Aliff Ahmad tegur rakyat Malaysia guna visa pelancong cari rezeki di Australia

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Jangan rendahkan saya’, fighter Indonesia kencing baju semboyan, ludah muka punca Yusuf Azmi ‘perang’ awal

Kejohanan Touch Rugby Alumni SMKSS 2025 mewarnai sambutan ‘Seabad Gemilang’ semperna 100 tahun usia penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman(SMK SS) yang terletak di Kuala Terengganu, Terengganu. — Pembaca Majoriti

Kehadiran mereka membuktikan semangat kebersamaan dan rasa cinta yang mendalam terhadap sekolah lama tidak pernah luntur walaupun masa telah berlalu begitu lama.

Menurut bekas pemain, Che Mohd Zulkarnain Abdul Wahab yang memulakan pengajian di SMKSS pada 1987, pertemuan kali ini lebih bermakna daripada sekadar persaingan di padang.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh