SELANGOR FC seolah-olah berada dalam kelas tersendiri menjelang aksi Piala Sumbangsih berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada 10 Mei depan apabila melakar keputusan cukup cemerlang sepanjang aksi pramusim.
Walaupun Selangor melantik ketua jurulatih baharu, Nidzam Jamil ia tidak mengganggu persiapan pramusim mereka apabila berjaya merekodkan kemenangan ke atas beberapa pasukan dalam dan luar negara.
Namun kini menjadi persoalan siapakah yang bakal menggalas jawatan kapten Selangor selepas Brendan Gan tidak lagi bersama pasukan itu untuk musim depan.







