Sukan

Kelantan Warriors dilabel ‘main ping pong’, tekong Terengganu Turtles banyak memikir sebelum menang derbi Pantai Timur

DERBI Pantai Timur menyaksikan Terengganu Turtles berjaya menoktahkan kemenangan 2-0 ke atas Kelantan Warriors dalam saingan Emas Anuar Sepak Takraw League (STL) pada Khamis di Stadium Indera Mulia dekat Ipoh, Perak.

Terengganu yang meletakkan Teerapat, Aman dan Jazimin sebagai trio utama mempamerkan permulaan yang cemerlang dalam set pertama apabila mengutip mata menerusi servis tekong serta sentuhan dari apit kanan.

Kemenangan 15-11 membuka kelebihan untuk membawa cabaran ke suku akhir sekaligus meletakkan sasaran untuk kembali ke pentas final seperti yang dilakukan ketika beraksi GP Terengganu.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.