KELAB Johor Darul Ta’zim (JDT) nampaknya tidak membazirkan peluang jendela perpindahan pertama Liga Malaysia (Liga M) apabila difahamkan sudah menandatangani seorang pemain import baharu.
Pemain yang difahamkan sudah didaftarkan sebagai import baharu Harimau Selatan ialah Ager Aketxe selepas bekas majikannya, Real Zaragoza mengumumkan perpindahan berkenaan di laman X pada Ahad.
“Real Zaragoza dan Johor DT mencapai persetujuan dengan perpindahan Ager Aketxe. Terima kasih dan selamat maju jaya, Ager,” kata kelab berkenaan.






