MASA depan penyerang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Fergus Tierney masih belum diputuskan sama ada kekal beraksi bersama kelab majikannya atau bakal bersama pasukan baharu secara pinjaman.
Nasibnya itu mula menjadi perbincangan selepas dilepaskan oleh kelab Thailand, Chonburi FC susulan keputusan pasukan itu menamatkan kontrak pinjamannya daripada Harimau Selatan.
Menurut perkongsian pemerhati sukan tanah air iaitu Fina Nasrom, kontrak Tierney ditamatkan kerana penyerang itu lebih memilih mewakili Malaysia ketika kejohanan Piala AFF yang berada di luar kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan Chonburi sedang bersaing dalam Thai League 2.