PENYOKONG setia Harimau Selatan boleh menarik nafas lega apabila arkitek tengah, Leandro Velazquez kekal bersama pasukan gergasi tanah air, Johor Darul Takzim (JDT).
Sebelum ini, terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa perancang tengah itu akan meninggalkan JDT selepas kontrak pemain import dari Argentina itu tamat pada 2 Ogos 2023.
Namun, pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim menegaskan bahawa arkitek tengah itu akan kekal bersama JDT.

Musim ini, Leandro menjaringkan lima gol dan melakukan tujuh bantuan gol dalam saingan Liga Super buat JDT. — Facebook/JDT
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Pengumuman
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.





