NEGERI Sembilan FC (NDFC) mungkin tidak memulakan musim Liga Malaysia (Liga M) dengan kemenangan, tetapi corak permainan di bawah kepimpinan pengendali, Azzmi Aziz memberi keyakinan penyokong terhadap pasukan itu.
Walaupun tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) 1-3 dalam perlawanan Liga Super pertama mereka di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada Sabtu namun skuad Jang membuat pasukan tuan rumah bekerja keras untuk mendaptkan gol mereka.
Negeri Sembilan jelas tidak mempunyai sebahagian besar penguasaan dan peluang tetapi skuad Jang Hobin Jang diatur secara taktikal sepanjang permainan sehingga membuat pemain JDT bergelut.