Sukan

Kejohanan di Indonesia peluang pemain simpanan The Rhinos dapatkan peluang — Kim Swee

PENGENDALI Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee enggan berasa selesa dengan kedudukan ketiga dalam saingan Liga Super yang merekodkan tujuh mata daripada tiga perlawanan sebelum memasuki kalender antarabangsa

Anak-anak buah Kim Swee bangkit dari ketinggalan untuk mengenepikan seteru mereka, Kuching City FC 2-1 dalam perlawanan derbi Borneo mereka di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah pada Sabtu.

Skuad The Cats mendapat gol pertama pada minit ke-64 menerusi penyerang Brazil, Pedro Henrique tetapi pasukan tuan rumah bangkit dengan menewaskan Kuching City menerusi penyerang, Darren Lok (minit ke-75) dan pemain sayap, Jafri Firdaus Chew (85′).

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.