PENGENDALI Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee nyata bimbang akan ketumpulan penyudah pasukan itu apabila beberapa tonggak utama serangan mereka terpaksa diketepikan berikutan isu kecederaan musim ini.
Jurulatih berusia 53 tahun itu berkata, adalah amat penting untuk kelab Borneo tanah air tersebut membawa masuk seorang pemain baharu di jendela perpindahan akan datang bagi memperkuatkan barisan serangan pasukannya tersebut.
Tambahnya, semenjak ketiadaan Ramon Machado dan kecederaan membelenggu Darren Lok dan Saddil Ramdani, pasukannya agak bergelut setelah ketiadaan penyerang yang mampu mencipta jaringan dengan lebih efektif.






