Sukan

Kedah-Penang sedang bergelut, Raja Utara milik siapa?

PERTEMBUNGAN derbi Utara antara Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Penang FC sentiasa menjadi tumpuan peminat bola sepak tempatan dengan perseteruan yang sudah lama bermula.

Menjelang aksi Liga Super antara Sang Kenari dan Harimau Kumbang yang akan berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah pada Rabu, kedua-dua pasukan dilihat sedang dalam prestasi terbaik ketika ini.

Sang Kenari pastinya enggan mengambil mudah saingan Liga Super itu meskipun sebelum ini menundukkan wakil kelab Liga A1 Semi Pro, Kuala Lumpur Rovers 3-0 aksi suku akhir MFL Challenge Cup pada Jumaat lalu.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%