KELAB Liga Super, Kedah Darul Aman FC mengumumkan pemergian tiga pemain mereka dalam sebuah pengumuman pada Jumaat.
Dua pemain import, Sukhrob Nurulloev dan Cleylton Santos dilepaskan selepas bersetuju untuk menamatkan kontrak mereka. Sementara seorang lagi pemain iaitu Faiz Nasir sudah tamat tempoh pinjamannya dan akan kembali ke kelab asal iaitu Terengganu FC.
Keputusan itu nyata mengejutkan sekali gus memberikan petanda keadaan semakin tidak baik di kelab itu yang sedang berdepan krisis kewangan.