Sukan

Kebangkitan Malaysia University di STL bukti sepak takraw tidak ketandusan pelapis, Kuantan jadi pusat cari bakat

PRESIDEN Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan menyifatkan kebangkitan pasukan Malaysian University Knights dalam saingan divisyen satu Liga Sepak Takraw (STL) sebagai bukti bahawa sukan tradisional itu masih subur dengan kehadiran pelapis berbakat.

Menurut beliau, kejayaan Malaysian University menunjukkan bahawa Malaysia tidak ketandusan bakat muda dan PSM kini giat meneruskan usaha mencari serta melatih pemain berpotensi di seluruh negara, termasuk melalui program PSM-MARA kerjasama bersama Majlis Amanah Rakyat yang berpusat di Kuantan, Pahang. 

Untuk rekod, Malaysian University Knights dinobatkan sebagai pemenang tempat ketiga pada saingan baru-baru ini selepas menewaskan Sabah Mountaineers dengan keputusan 1-2.

BACA LAGI: Azlan Alias kena ‘sound’, potensi dihukum gara-gara wakili Melaka Titans lepas disaran berehat

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh