PENGENDALI Harimau Malaya, Kim Pan-gon menegaskan anak-anak buahnya sudah bersedia untuk turun menentang Kyrgyzstan dalam aksi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada Khamis.
Pan-gon berkata demikian ketika sidang media sebelum perlawanan, selain turut mengakui aksi di tempat lawan sentiasa sukar dan pasukan tuan rumah memiliki kualiti tersendiri.
“Kedua-dua pasukan tahu ini merupakan perlawanan penting dalam kempen kelayakan. Pemenang mungkin akan mendapat tiket untuk menjadi antara 18 pasukan terbaik. Bagi Malaysia, kami sedar perlawanan di tempat lawan adalah sukar kerana Kyrgyzstan mempunyai kualiti. Mungkin ada beberapa perkara tidak memihak kami,” katanya.