TERENGGANU FC bersedia untuk memberikan cabaran terhebat kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi separuh akhir Piala Malaysia.
Berdepan juara bertahan, ia pastinya bukan mudah untuk Terengganu cuba melepasi JDT sekali gus mara ke perlawanan akhir dan cuba membawa pulang piala.
Akan tetapi, menurut pengendalinya, Badrul Afzan, Terengganu sedia memberikan cabaran terbaik walaupun sedar kekuatan JDT yang dianggap lengkap dari segala sudut.






