KEMPEN beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah dalam saingan Terbuka Denmark telah berakhir dan sudah masanya untuk pasangan berkenaan mengambil rehat seketika selepas jadual yang sibuk.
Pada Jumaat, pasangan nombor tujuh dunia berkenaan tumbang 22-21, 19-21 dalam masa 57 minit kepada wakil dari Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi dalam beregu wanita suku akhir di Arena Jyske Bank dekat Odense, Denmark.
Seminggu sebelum itu, Pearly-Thinaah telah menewaskan pasangan Jepun berkenaan pada separuh akhir Terbuka Artik di Finland dalam tempoh 102 minit untuk mengesahkan tiket ke final.





