Sukan

‘Kalau tak angkat kaki, dah lama Faisal Halim gantung but’

MUHD Faisal Abdul Halim menjadi bualan seluruh rakyat Malaysia selepas dia menjaringkan gol kemenangan buat Harimau Malaya pada minit akhir permainan ketika menewaskan Republik Kyrgyz 4-3 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Khamis.

Gerakan yang dimulakan oleh Arif Aiman Hanapi pada masa tambahan itu disudahi dengan cemerlang oleh Faisal Halim sekali gus memberikan tiga mata pertama dalam Kumpulan D pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Selain daripada Faisal Halim dan Arif Aiman, Dion Cools turut memainkan peranan penting dalam kemenangan ‘comeback’ Harimau Malaya selepas pemain berusia 27 tahun itu menjaringkan dua gol menerusi tandukan sepakan penjuru.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.