SEMAKIN hari semakin ramai bekas-bekas pemain bola sepak mula menubuhkan akademi swasta dalam usaha untuk mencungkil lebih banyak bakat-bakat muda demi kebaikan masa depan negara.
Antara bekas pemain yang kini giat aktif terlibat dalam program akar umbi ialah Mohd Afif Amiruddin apabila dia menubuhkan akademi bola sepak bernama AA19 yang mengumpulkan ramai bakat-bakat baharu.
Namun begitu, tanpa sokongan daripada pihak ketiga ia sukar untuk meneruskan perjuangan mencurahkan ilmu kepada bakat-bakat baharu bagi mengejar impian menjadi seorang pemain bola sepak.