SEORANG jurulatih tae kwan do mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Shah Alam, Selangor pada Jumaat atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap lima kanak-kanak perempuan antara September dan Oktober lepas.
Ahmad Munir Zainuddin, 20, didakwa melakukan perbuatan itu ke atas lima kanak-kanak perempuan berusia antara tujuh serta 11 tahun di sebuah dewan di Seksyen 24, Shah Alam sekitar September dan 28 Oktober.
Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) dan Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga disebat, jika sabit kesalahan.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Pengumuman
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.





