PERSATUAN Bola Sepak Singapura (FAS) akhirnya mengumumkan Gavin Lee sebagai Ketua Jurulatih skuad kebangsaan lelaku, sekali gus menamatkan pencarian panjang badan induk itu yang berlangsung sejak beberapa bulan lalu.
Pelantikan Gavin tidak mengejutkan susulan prestasi cemerlangnya ketika mengendalikan Lions sebagai jurulatih interim, termasuk kejayaan bangkit menewaskan Hong Kong2-1 dalam aksi Kelayakan Piala Asia Kumpulan C pada 18 November.
Kemenangan bersejarah di bawah kendalian jurulatih berusia 35 tahun berkenaan memastikan Singapura layak ke Pusingan Akhir Piala Asia secara merit buat pertama kali.




