PERTEMUAN ‘derbi Pantai Timur’ antara Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) dan Terengganu FC (TFC) bakal menjadi antara aksi pemanas badan menjelang musim baharu Liga Malaysia (Liga M) 2025/2026.
Perlawanan yang dijadualkan berlangsung pada 4 Julai 2025 di Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV), Kota Bharu, Kelantan itu diumumkan secara rasmi menerusi platform media sosial kelab KRW FC.
“Bukan sekadar perlawanan. Ia adalah suasana perang. KRW FC dan TFC. Pertembungan semangat dan warisan pada 4 Julai 2025. Berada di sana. Rasa bahangnya,” kata kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh KRW FC pada Rabu.







