KEHILANGAN tujuh pemain warisan dalam senarai terbaru skuad Harimau Malaya tidak merencatkan perancangan ketua jurulatih, Peter Cklamovski yang segera membawa masuk beberapa muka baharu termasuk penyerang berpengalaman Liga Malaysia (Liga M).
Pemain yang sedang menunjukkan prestasi konsisten pada saingan Liga M musim ini iaitu Jordan Mintah dan pemain sayap muda berbakat, Muhammad Ramadhan Saifullah dan Declan Lambert menjadi taruhan.
Selain itu, dua pemain dari skuad Bawah 23 (B-23) iaitu Aliff Izwan Yuslan dan Muhammad Ubaidullah Shamsul turut mendapat peluang ke skuad utama sebagai persediaan menentang Laos pada 9 Oktober.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Pengumuman
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.





