PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil pendekatan berdiam diri di sebalik perhatian umum yang semakin meningkat, namun memberi jaminan bahawa segala usaha sedang dilakukan untuk merayu terhadap sekatan yang dikenakan oleh FIFA.
Sekiranya rayuan berkenaan tidak berjaya, mereka berkemungkinan akan membawa kes tersebut ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS).
Pemangku Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi berkata, badan induk bola sepak negara itu telah pun memulakan perbincangan dalaman untuk menangani isu berkenaan,dengan ahli majlis eksekutif turut diberi taklimat dalam mesyuarat di ibu pejabat FAM di Kelana Jaya pada Selasa.
BACA LAGI: Tambah garam di luka Harimau Malaya, media China tuduh Vietnam ‘kaki repot’ ke FIFA
BACA LAGI: Skandal pemain warisan: Indonesia nafi terlibat dalam sekatan FIFA terhadap FAM
“Kami telah mengadakan mesyuarat semalam (Selasa) untuk memberi taklimat kepada ahli majlis eksekutif mengenai situasi, sekatan serta langkah yang perlu diambil bagi menyelesaikan perkara ini.
“Lebih baik mereka mendapat maklumat terus daripada kami berbanding daripada pihak lain. Kami kini menunggu asas penghakiman yang dibuat oleh FIFA dan juga keputusan Tribunal Bola Sepak mereka,” kata Yusoff.







