DENIS Puric memberi amaran terbuka kepada juara remaja Malaysia, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar bahawa dia bersedia memukulnya di Malaysia tetapi hanya sekiranya ONE Championship menawarkan bayaran yang setimpal.
Dalam satu temu bual dengan Bangkok Post, veteran berusia 40 tahun yang dikenali sebagai ‘The Bosnian Menace’ itu berkata, pertarungan itu tidak memberi faedah kepadanya kecuali jika ia melibatkan bayaran yang besar.
Kenyataan berkenaan datang susulan hantaran media sosial Johan Ghazali yang mendakwa dirinya sebagai perintis bagi arena sukan tempur di Malaysia.






