PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, yakin bahawa saingan Liga Malaysia masih mampu diteruskan walaupun dua pasukan legenda, Sri Pahang FC dan Perak FC tidak akan menyertai musim 2025/26, lapor Stadium Astro.
Dalam satu temu bual eksklusif bersama pemerhati sukan tanah air, Zulhelmi Zainal Azam, Tunku Mahkota Ismail yang juga Pemangku Sultan Johor, menegaskan bahawa liga akan tetap berjalan dengan penyertaan pasukan-pasukan yang sedia ada.
“Liga akan sentiasa berjalan. JDT akan sentiasa ada. Anda tidak boleh memusnahkannya. Jadi, bagi saya, ini seolah-olah satu bentuk berputus asa,” kata baginda.





