SAINGAN Liga Malaysia (Liga M) bagi musim 2024/25 akan membuka tirainya dengan menyaksikan aksi Piala Sumbangsih antara dua pasukan gergasi tanah air iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor FC pada Jumaat (10 Mei).
Pastinya skuad kendalian Hector Bidoglio itu dilihat sudah cukup bersedia untuk kembali memegang gelaran juara musim ini selepas menjulang kesemua empat trofi semusim, atau juga dikenali sebagai ‘quadruple’ musim lalu.
Begitupun, Selangor FC tidak duduk diam apabila kini dilihat sudah menjalani latihan dan beberapa aksi pramusim sebagai persiapan menjelang aksi tersebut.






