Sukan

JDT mungkin dah tahu ‘game play’ Ulsan HD, taktikal Kim Pan-gon dalam tangan

WAKIL Malaysia di Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), Johor Darul Ta’zim bakal mengetahui siapakah lawan mereka di peringkat liga (league stage) dalam undian diadakan pada Jumaat (16 Ogos).

Diletakkan dalam Balang 1 bersama-sama Vissel Kobe (Jepun), Ulsan HD (Korea Selatan), Shanghai Port (China), Buriram United (Thailand) dan Central Coast Mariners (Australia), JDT berpotensi untuk berdepan empat daripada kelab itu.

Baki empat kelab menanti Harimau Selatan di peringkat liga adalah kelab-kelab di Balang 2 iaitu Kawasaki Frontale (Jepun), Pohang Steelers (Korea Selatan), Shanghai Shenhua (China), Yokohama F. Marinos (Jepun), Gwangju FC (Korea Selatan) dan Shandong Taishan (China).

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.