MASA depan Liga Super masih menjadi tanda tanya selepas beberapa kelab dilihat mahu menarik diri seperti Perak FC dan Sri Pahang FC.
Timbul persoalan, berapakah kelab yang beraksi di Liga Super musim depan? Adakah jumlahnya mencukupi untuk membentuk satu liga yang kompetitif atau sebaliknya?
Atau, adakah kita akan menyaksikan kembalinya pasukan kedua atau feeder team kembali mewarnai bola sepak tempatan?






