JOHOR Darul Ta’zim (JDT) pastinya mahu mencari pengganti La’Vere Corbin-Ong yang semakin berusia untuk meneruskan kekebalan legasi bintang pertahanan Harimau Selatan itu.
Musim ini, Corbin-Ong sudah berusia 33 tahun dan masih menjadi tonggak utama Harimau Selatan meskipun pihak pengurusan JDT membawa pemain baharu di posisi tersebut.
Sejak menyertai JDT pada 2018, kedudukan Corbin-Ong sebagai pertahanan kiri pasukan tidak tergugat walaupun menyaksikan kemasukan pemain baharu silih berganti.