PERLAWANAN Liga Super antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan Negeri Sembilan FC pada Selasa jelas membuka mata banyak pihak.
Ramai yang kagum dengan semangat melawan Negeri Sembilan yang berjaya menjaringkan tiga gol walaupun kemudiannya tumpas 3-5.
Namun, dari sudut pandang JDT, ia adalah perkara yang merisaukan kerana sudah lama pintu gol Harimau Selatan tidak dirobek sebegitu banyak di peringkat domestik.






