TERENGGANU FC mudah menundukkan Melaka FC dalam perlawanan pertama pusingan ke-16 Piala Malaysia meskipun pasukan tuan rumah menurunkan lebih ramai pemain import daripada skuad Sang Penyu.
Perlawanan yang diadakan di Stadium Hang Jebat, Melaka pada Sabtu (23 November) itu menyaksikan anak-anak buah Badrul Afzan Razali tiada masalah untuk mendahului Melaka FC meskipun membariskan tiga import.
Manakala pengendali Melaka, K.Devan memanfaatkan peluang kuota import apabila menurunkan empat pemain ‘awang hitam’ bagi memberikan saingan buat Sang Penyu.





