Sukan

Jantina masih diragui, dihalang sertai kejohanan… Imane Khelif terpaksa buat rayuan di mahkamah

PENINJU Algeria, Imane Khelif, memfailkan rayuan ke Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) berhubung keputusan Persekutuan Tinju Dunia (World Boxing) yang melarangnya menyertai kejohanan akan datang tanpa ujian genetik.

Rayuan Khelif bertujuan membatalkan keputusan badan sukan itu dan membolehkan dirinya bertanding di Kejohanan Tinju Dunia 2025 tanpa perlu menjalani ujian jantina, kata CAS dalam satu kenyataan.

"Ketika ini pihak-pihak terlibat sedang bertukar hujahan bertulis dan dengan persetujuan mereka, satu sesi pendengaran akan dijadualkan," tambah CAS.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh