SELANGOR FC mencipta kejutan apabila berjaya menewaskan wakil Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors pada Liga-Liga Juara AFC 2 (ACL2) pada aksi peringkat kumpulan mereka.
Ia dilihat sebagai tonik terbaik untuk Selangor yang bakal berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Super pada Ahad.
Melihat kepada persembahan menentang Jeonbuk, Gergasi Merah dilihat berjaya bangkit apabila diperlukan terutamanya dalam perlawanan penting.







