PENGENDALI Liverpool, Arne Slot percaya Manchester United yang berdepan kemerosotan prestasi sebenarnya jauh lebih baik berbanding kedudukan terburuk mereka dalam carta Liga Perdana Inggeris (EPL) ketika ini.
The Reds kini mengumpul 45 mata di persada EPL selepas mengharungi 18 perlawanan domestik dan menjadi pilihan utama untuk merangkul trofi EPL pada musim ini.
Manakala, skuad The Red Devils pula berada di kedudukan ke-14 liga selepas lima kekalahan dalam enam aksi liga di bawah kendalian pengurus baharu Ruben Amorim.