Sukan

‘Jangan libatkan keluarga saya’, Nakano minta maaf kepada rakyat Malaysia lepas langgar Shah Firdaus

SELEPAS menerima serangan daripada warganet Malaysia, pelumba trek Jepun, Shinji Nakano tampil memohon maaf secara terbuka berhubung insiden pelanggaran dengan wakil Malaysia, Shah Firdaus Sahrom ketika final acara keirin dalam Sukan Olimpik 2024 pada Ahad.

Shinji yang memuat naik video permohonan maaf di akaun TikToknya meminta jasa baik netizen Malaysia tidak lagi mengganggu dirinya sekeluarga susulan kejadian itu.

“Saya memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia atas kesilapan saya. Tolong jangan sebut nama keluarga saya. Saya harus bertanggungjawab dan tolong jangan libatkan keluarga saya,” tulisnya.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh