PEMERHATI sukan tanah air, Datuk Dr Pekan Ramli menyifatkan pemberian peruntukan sebanyak RM1 juta oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) sebagai perkara lazim dan tidak wajar dipertikaikan oleh mana-mana pihak, khususnya kelab-kelab lain dalam saingan Liga Super.
Menurut beliau, sumbangan itu merupakan hak prerogatif Perdana Menteri yang hadir sebagai tetamu kehormat dalam sebuah majlis anjuran KLFA baru-baru ini dan bukan sesuatu yang luar biasa.
“Secara peribadi, saya anggap itu hak PM untuk beri sumbangan kepada siapa pun. Tambahan pula, beliau hadir atas jemputan, mungkin juga atas inisiatif menteri kabinetnya.






