PEMILIK Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim meninggalkan tanda soal kepada pengurusan Selangor FC mengenai jurang antara dua kelab.
Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor, Dr Johan Kamal Hamidon menyatakan yang Gergasi Merah semakin berjaya mengurangkan jurang dengan JDT.
Tunku Ismail yang juga Pemangku Sultan Johor menerusi media sosialnya berasakan penyokong Selangor berhak dapat lebih baik daripada apa yang mereka ada sekarang.





