KETIBAAN penyerang baharu Brazil, Joao Pedro Duarte dijangka membantu mengurangkan keperitan Sabah FC selepas terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada penyerang berpengalaman mereka, Ramon Machado pada bulan lepas.
Duarte telah beraksi dengan Viettel FC dalam Liga Vietnam 1 dan jurulatih Sang Badak, Datuk Ong Kim Swee menantikan penyerang berusia 24 tahun itu boleh menyesuaikan diri dalam pasukan dengan cepat.
Machado, yang hanya menjaringkan satu gol musim ini buat Sang Badak bagi saingan Liga Super setakat tiga perlawanan itu telah menyertai kelab Liga Perdana Azerbaijan, Araz-Naxcivan.





