PASUKAN gergasi tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah melebarkan jurang antara mereka dan Selangor dalam Liga Super, tetapi ketua jurulatih Hector Bidoglio masih belum meraikan kejayaan itu.
Harimau Selatan menang 3-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya, Selangor pada Ahad menentang Selangor, yang kini menyaksikan mereka lapan mata di depan Gergasi Meraj dalam Liga Super.
Bukan hanya beraksi dalam kejohanan domestik, Harimau Selatan juga mempunyai jadual yang padat susulan perlu memberi fokus kepada saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).