KEPUTUSAN Kedah Darul Aman (KDA) FC untuk menjadikan bekas pemain antarabangsa Portugal, Ricardo Quaresma sebagai daya tarikan menjelang perlawanan persahabatan antara Kedah All Stars dan Malaysia All Stars menjadi bualan ramai.
Ini kerana aksi yang bakal diadakan di Stadium Darul Aman, Kedah itu dijangka mampu menarik ribuan penyokong untuk hadir sebagai penonton yang kemudian akan menjana pendapatan.
Meskipun hasil kutipan tidak mencapai jutaan ringgit, pulangan daripada perlawanan itu diharapkan dapat mengurangkan beban kewangan dialami kelab Utara tanah air tersebut.