KONGRES kali ke-60 Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjadi tumpuan ramai kerana pelbagai kontroversi dan tanda tanya terpalit dengan persatuan berkenaan.
Prestasi tidak menentu Harimau Malaya dan masa depan pengendalinya, Kim Pan-gon sudah tentu menjadi topik yang dikupas.
Malah, ramai juga pastinya menantikan jawapan FAM terhadap isu ‘surat layang’ baru-baru ini yang mendedahkan isu di sebalik persatuan tersebut.







