SRI Pahang FC difahamkan tidak akan beraksi di stadium keramat mereka, Stadium Darul Makmur musim depan kerana ia kini sedang dalam proses menambah baik.
Hal itu disuarakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab, Datuk Suffian Awang kerana rumput padang di ‘rumah’ skuad Tok Gajah akan digantikan bermula Mei akan datang.
Menurutnya, kelab Pantai Timur tersebut bakal menggunakan Stadium Temerloh yang dipilih memandangkan ia merupakan stadium kedua terbaik di negeri itu.