KONTROVERSI melanda pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia apabila jersi yang disarungnya sewaktu bertemu Chou Tien Chen dalam aksi Jelajah Dunia Akhir pada Rabu menjadi tumpuan.
Hal ini kerana, bendera Malaysia pada jersinya itu berada dalam keadaan terbalik dan pemain itu menggunakannya sehingga tamat perlawanan.
Bendera terbalik itu dipercayai berlaku pada jersi kedua yang dipakainya kerana pada permulaan perlawanan, Jalur Gemilang pada jersi Zii Jia kelihatan baik-baik saja.